LATAR BELAKANG



Program Motivasi & Bimbingan GRAND B.E.S.T BELAJAR™ merupakan cetusan idea IKRAMTeens dan Cikgu Syed Faizal (Modul BEST BELAJAR).

Program ini mendedahkan Corak Pemikiran Cemerlang, Kemahiran & Bimbingan Belajar serta memberikan beberapa sistem atau kaedah pembelajaran yang para pelajar boleh kuasai dan amalkan dalam proses pembelajaran mereka. Disamping itu penekanan kepada KEPENTINGAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SEBAGAI FAKTOR KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN. 

Sempena menghampiri musim peperiksaan akhir tahun. Khususnya Pelajar PT-3 dan SPM. Program ini dijangka menghimpunkan antara 800 - 1000 Pelajar.


Antara intpati utama program ini ialah: 


HABLU MINALLAH : Memberikan tips dan amalan ibadah serta Doa yang harus diamalkan setiap hari sebagai pengukuhan hubungan pelajar dengan Allah.

SISTEM BELAJAR VISUAL : Pelajar akan mempelajari Sistem Visual yang merupakan suatu kaedah baru dalam ilmu sains terkini yang dinamakan Neuro Linguistic Programming (NLP). Pelajar akan dapat menggunakan teknik ini dalam proses hafalan dan pembelajaran mereka seterusnya menghadapi peperiksaan mereka dengan lebih efektif. (Study Skills) 

SISTEM BELAJAR NOTA : Pelajar akan didedahkan dengan 1 Sistem Nota B.E.S.T BELAJAR™ iaitu kaedah mencipta nota dan mengaplikasikannya di sekolah mereka. Kaedah atau teknik ini amat berkesan kerana pelajar akan dapat mengingati apa yang mereka tulis sejurus mereka menyiapkannya.

No comments:

Post a Comment